Bagi memantapkan lagi pemahaman korang dalam subjek Sejarah peringkat Menengah Rendah, cikgu akan menyediakan ruang platform menjawab soalan sejarah secara online. So ye lepas korang layan Facebook,gaming,dan sebagainya, boleh la jawab soalan2 yang cikgu bagi dalam blog Latihan Sejarah a.k.a OTAI SEJARAH.

(Sudah dilancarkan tapi soalan2nya belumlah lengkap kesemuanya.Tryla usha2 dulu yer)


Cikgu harap sangat korang boleh mendapat manfaat daripada blog2 yang cikgu sediakan ni. Lagi satu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana ada pihak yang concern menegur cikgu. Sebab ye cikgu menggunakan bahasa yang tidak teratur. Untuk menjawab persoalan ini ;

  1. Saya minta maaf kepada pihak terbabit. (Im Sorry!!!) Hehehehe
  2. Baiklah, sebenarnya tujuan cikgu hanyalah memberikan keselesaan kepada para pelajar.
  3. Nilai santai dan “Sempoi” dalam komunikasi cikgu dalam blog ini menggalakan perasaan seperti korang berhubung dengan kawan korang.
  4. Walaupun cikgu adalah cikgu,tapi tak salah ape korang anggap cikgu seperti kawan korang.Apa yang penting kita saling hormat menghormati.

So,mulakan hari ini dengan aktiviti yang berfaedah. Jadikan melawat blog cikguazid.com sebagai amalan. Hahahahahaha..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply