Parti Melayu Bersatu (UMNO)

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

2. Membantah pertubuhan Malayan Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Dato Jaafar Onn

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj antara pemimpin awal UMNO

Tun Hj. Abdul Razak. Antara pemimpin UMNO yang berjaya dan sangat dihormati rakyat.

Terkubur UMNO dimunculkan UMNO Baru

Pada 1987 parti UMNO terbubar dengan keputusan mahkamah membatalkan pendaftaran UMNO. Ada pihak dalam UMNO menyalahkan Dr. Mahathir membiarkan perkara tersebut dibawa ke mahkamah dan membiarkan mahkamah membuat keputusan. Dr. Mahthir ketika itu ditentang oleh kem Tengku Razaleigh sebagai ‘team B’. Dr. Mahathir disokong oleh Musa Hitam dalam ‘Team A’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pemimpin UMNO yang berjiwa besar, berani , lantang dan tegas dalam tindakan

Dengan kuasa yang masih ada sebagai PM Dr. Mahathir berjaya menyingkir team penentangnya dan mandapatkan semuala harta-harta UMNO. Tengku Razaleigh yang kecewa menubuhkan parti baru ‘Semangat 46’dengan sokongan Datuk Suhaimi Kamaruddin (Presiden belia 4B).

Walau apa pun yang telah terjadi kepada UMNO , ia tetap kukuh memerintah Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Thoughts to “Sejarah Parti Politik di Malaysia (UMNO)”

  1. Cikgu Azid

    Insyallah jika mempunyai kelapangan ye encik zombie..

  2. SaddamMatZombie

    yang penting parti MCA, UMNO, dan MIC…..
    mesti ada visi dan misi setiap parti politik kan…

  3. SaddamMatZombie

    assalamualaikum…
    bleh x cikgu post visi dan misi parti politik besar di Malaysia….

Leave a Reply