Downman (1685)

Lens (1700)

Rees (1820)

Laurie (1842)

The East India Company (Syarikat Hindia Timur Inggeris)

Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company), kadang-kala dikenali dengan nama “John Company” adalah sebuah syarikat perdagangan yang telah dianugerahkan piagam diraja oleh Ratu Elizabeth I pada 31 December 1600. Syarikat ini, dengan panggilan Honourable East India Company, diberi kemudahan untuk menguasai perdagangan di Hindia Timur. Syarikat ini berubah dari syarikat perdagangan kepada sebuah badan yang memerintah India apabila ia mula mempunyai kuasa tentera dan kerajaan tempatan. Syarikat ini ditutup pada 1858. Syarikat Hindia Timur Inggeris ditubuhkan di England pada tahun 1600.Kerajaan British telah memberi kuasa kepada SHTI untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.

Bagaimana sebuah Syarikat Perdagangan berjaya memperdayakan Sultan Kedah ketika itu Sultan Muhammad Jiwa sehingga Pulau Pinang jatuh ke tangan mereka?

Apakah Sultan yang terdesak akibat ancaman serangan dari kuasa luar? SHTI @ British itu bukan kuasa luar ke?

Perlukah kita meminta bantuan luar dan menaruh 100% kepercayaan kepada mereka untuk menjaga keamanan negara kita?

Jadikah sejarah sebagai pengajaran. Berfikir daripada setiap kejadian yang berlaku.

Rentetan proses pengambilan Pulau Pinang oleh Inggeris :-

i) Siam mengancam Kedah

– ancaman untuk serang Kedah 1785

– Sultan Kedah (Raja Abdullah) minta bantuan Inggeris

– perjanjian ditandatangani pada Ogos 1786 antara sultan Kedah dengan Francis Light sebagai wakil SHTI

ii) Syarat-syarat perjanjian Ogos 1786

– SHTI dikehendaki mengawal perairan Kedah dan Kedah adalah musuh SHTI

– segala perbelanjaan peperangan ditanggung oleh SHTI

– kapal perdagangan yang datang dari timur dan barat bebas berdagang sama ada di Pulau Pinang atau Kedah

– sultan mesti membayar $30,000 (wang Sepanyol) setahun sebagai penghapusan monopoli ke atas perdagangan candu ,bijih timah dan rotan

iii) Penubuhan Pulau Pinang

– Inggeris menduduki Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786

– Pulau Pinang ditukar kepada Pulau Prince Of Wales manakala George Town dijadikan ibukotanya.

iv) SHTI enggan memenuhi syarat

– Siam mengancam Kedah kali kedua tahun 1787 bila menang dalam peperangan dengan Burma

– SHTI enggan beri perlindungan tentera kepada sultan Kedah

– Sultan Kedah rasa tertipu dan merancang untuk mengambil semula Pulau Pinang

– sebaliknya SHTI menyerang terlebih dahulu

– kesannya ,perjanjian ditandatangani pada 11 Mei 1791

v) Kedah tewas dalam perjanjian 1791

– Kedah mengakui pendudukan Inggeris di Pulau Pinang

– Raja Abdullah menerima elaun tahunan $6000 wang Sepanyol

– SHTI akan memperolehi bekalan beras dari Kedah

– SHTI akan melindungi pemberontak-pemberontak Kedah

– Kedah tidak akan mengenakan sekatan atau cukai ke atas bekalan beras di Pulau Pinang

c) Sultan Kedah mempertahankan kedaulatan negerinya

i) Menandatangani perjanjian 1771

– perjanjian antara sultan Kedah dengan Francis Light ,membenarkan firma Jourdan dan Sulivan de Sauza berniaga di Kuala Kedah

– Kedah diberi jaminan akan bebas dari sebarang ancaman

ii) Bantuan dari Inggeris 1785

– ketika menghadapi ancaman diserang oleh Siam

iii) Menandatangani perjanjian Ogos 1786

– melibatkan sekali lagi Kedah dan Francis Light

– syarat yang membenarkan Inggeris menduduki Pulau Pinang

– sebagai balasan SHTI hendaklah mengawasi perairan Kedah daripada musuh-musuh yang ingin menyerang Kedah

iv) Menandatangani perjanjian 1791

– perjanjian ditandatangani setelah Raja Abdullah yang berhimpun di Seberang Prai diserang oleh Inggeris

– penyerahan Pulau Pinang terpaksa dilakukan oleh Sultan Kedah kepada SHTI

– elaun tahunan sebanyak 600,000 wang Sepanyol diberi kepada Raja Abdullah sebagai bayaran ganti rugi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply