Posts Tagged ‘sejarah melaka’

Orang Bugis mula datang ke Tanah Melayu dengan jumlah yang besar pada awal kurun ke-18. Pihak Belanda tidak campur tangan dalam urusan orang Bugis dan membiarkan Kerajaan Johor-Riau jatuh ke tangan mereka. Hanya apabila orang Bugis mula memberi saingan yang hebat dalam perdagangan bijih timah, barulah pihak Belanda mengambil tindakan terhadap mereka.

Pada jam 10 pagi, 14 Januari 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Komandan Belanda, Willemson Kaatokoe, yang ditempatkan di sebuah pengkalan di Kampung Keling, telah memasuki kubu untuk membincangkan tentang peralihan kuasa dan syarat-syarat penyerahan dengan Gabenor Portugis, Dom Manuel de Souza Coutinho.

Pihak Belanda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Portugis, merupakan pelanggan utama mereka dalam rempah ratus dan lain-lain barangan dari timur, yang diedarkan ke seluruh bahagian utara benua Eropah. Bagaimanapun, pada tahun 1580 negara Portugal bergabung dengan negara Sepanyol di bawah pemerintahan Raja Philip II, yang merupakan seteru utama Belanda.

(Gambaran Ringkas Kedatangan Portugis Ke Melaka) Setelah menakluki Goa, Portugis mendapati bukan India tetapi sebaliknya Asia Tenggara yang boleh memberi kekayaan kepada mereka. Mereka telah mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang datang ke Goa dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice. Bagi mengukur kekuatan Melaka, Portugis telah […]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...