Imej pandangan belakang duit syiling Malaysia siri ketiga

Bank Negara Malaysia sudah mengambil satu langkah bijak dengan mengeluarkan generasi terbaru duit Syiling Malaysia. Yang menariknya, jika sebelum ini duit syiling bernilai RM1 dimansuhkan, tetapi untuk kali ini, ianya diwujudkan kembali. Sekali imbas macam kepingan emas daaa syling RM1.

Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 50 sen Malaysia siri ketigaImej pandangan hadapan dan belakang duit syling 20 sen Malaysia siri ketigaImej pandangan hadapan dan belakang duit syling 10 sen Malaysia siri ketigaImej pandangan hadapan dan belakang duit syling 5 sen Malaysia siri ketiga

Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’, reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘BANK NEGARA MALAYSIA’.

Spesifikasi Teknikal
Nilai Muka 50 sen 20 sen 10 sen 5 sen
Logam Nikel Loyang Bersalut Kuprum Nikel Loyang Keluli Tahan Karat Keluli Tahan Karat
Garis pusat (mm) 22.65 20.60 18.80 17.78
Berat (gram) 5.66 4.18 2.98 1.72
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Thoughts to “Terbaru : Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga”

  1. joehilmi

    panjang nyerrrrrr… bab 6 nie…..
    ^^”
    “biar panjang asalkan ilmu kekal di hati berpanjangan”

  2. Anonymous

    Sedih dgn design baru duit syiling 10 sen.. Perasan ataupun tidak.. ia berbentuk Hexagram (Bintang Enam = Bintang David) yang menyerupai Logo Freemasonry dari bangsa Israel / Yahudi.. harap BNM dpt mansuhkan design terbaru tu dan tukarkan design yg lain….

  3. Cikgu Azid

    Wasalam..tu yang kawan tak berapa nak pasti,yang tukang design ye pun kwn tak tau..anyway bro..kwn nak tanya cikit la…pasal Iraq Dinar.

  4. Salam.
    Ada yang kata duit ni seperti duit euro tapi tengok memang hampir sama pun.
    Tahu tak siapa yang design coin ni?

Leave a Reply