https://i1.wp.com/images.inmagine.com/400nwm/iris/lilyoh-001/ptg00135532.jpg?w=640

 

Mungkin korang tak perasan or tak pernah ambil tahu mengenai perbezaan dua istilah ini. BANGSA dan KAUM. Kebiasaanya kita akan menganggap bahawa dua istilah ini sama sahaja. Sedangkan ianya sangat berbeza. Penggunaan dua istilah ini seolah-olah sudah dicampuraduk sehingga tidak nampak apa bezanya.

Bangsa merujuk kepada “kumpulan manusia yang sama asal-usulnya atau sifat-sifatnya” (contoh: bangsa Arab di seluruh tanah Arab, bangsa Melayu di seluruh tanah Melayu meliputi Kemboja, Thailand, Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina), atau “kumpulan manusia yang menjadi rakyat sebuah negara” (contoh: bangsa Indonesia, bangsa Malaysia, bangsa Amerika).

Kaum merujuk kepada “golongan manusia yang menjadi sebahagian / salah satu komponen daripada satu bangsa, atau dikenali sebagai suku bangsa”. (Contoh: kaum India dalam bangsa Malaysia, kaum Cina dalam bangsa Malaysia, kaum Melayu dalam bangsa Malaysia, kaum negro dalam bangsa Amerika).

Maksudnya di sini, kita semua yang ada di Malaysia ini merupakan bangsa MALAYSIA yang berdaulat. Tak kiralah korang Cina ke, India ke, Melayu ke, korang adalah bangsa Malaysia.

I LOVE MALAYSIA!!!!

 

https://i2.wp.com/4.bp.blogspot.com/_ZTBZ9F-k2NI/SwYiqNvXLQI/AAAAAAAACCg/HNZiebcHNtQ/s400/20090902103934_BangsaMalaysiaSmiles.jpg?w=640

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Thought to “Terkeliru dengan BANGSA dan KAUM…”

  1. indonesia malaysia filipina sume serumpun melayu ~

Leave a Reply